Melakukan ujian calitan atau swab test adalah perkara biasa yang perlu dilakukan, apatah lagi jika pekerjaan seseorang itu memerlukannya untuk berjumpa dengan ramai orang.
Pelakon dan pengacara Elly Mazlein juga melakukan hal yang sama kerana beliau bekerja di dalam studio.
View this post on Instagram
Baca artikel berkaitan: “Muka Kak Lina Dah Ready Bagi Penumbuk,” Reaksi Elly Mazlein Ketika Dengar Luahan Gadis Perampas Suami Orang Curi Perhatian Netizen!
Melalui hantaran yang dimuat naik di Instagram beliau, video yang dikongsikan menunjukkan dirinya yang sedang melakukan swab test.
“Sbelum kerja,moh buat #swabtest
Kak pommm keja dlm setudiooooo la dikkkk
Kita jaga kita .. jaga kesihatan smua wahai kesayangan.. ❤❤❤“
Ujian yang dibuat dilihat agak kasar dan perkara itu dinyatakan netizen melalui ruangan komen.
Bagaimanapun Elly menafikan hal tersebut dengan memberitahu bahawa proses berkenaan tidaklah kasar.

Elly lebih tahu jika swab test tersebut kasar atau tidak.
Sumber: Instagram Elly Mazlein