Hot FM

A Samad Said meninggal dunia


Berita pemergian Sasterawan Negara A Samad Said disahkan oleh anak sulungnya.
PETALING JAYA:

Sasterawan Negara A Samad Said meninggal dunia pada usia 91 tahun petang ini.

Tokoh yang juga dikenali sebagai Pak Samad itu, menghembuskan nafas terakhir pada 6.10 petang ketika menerima rawatan bagi jangkitan paru-paru di Hospital Kuala Lumpur.

Berita kematiannya dimaklumkan oleh anak sulungnya, Helmy Saad, lapor Kosmo.

Beliau dibesarkan di Singapura dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kota Raja sebelum melanjutkan pelajaran di Victoria Institution.

Antara cerpen terawalnya, “Hari Ini Hari Gembira”, ditulis pada Oktober 1954.

Pada 1956, beliau lulus peperiksaan Sijil Senior Cambridge dan selepas menamatkan pengajian, bekerja sebagai kerani di Hospital Besar Singapura.

Samad kemudian berpindah ke Kuala Lumpur dan menyertai akhbar Fikiran Rakyat sebagai wartawan.
Selepas beberapa bulan, beliau kembali ke Singapura untuk bekerja dengan Utusan Zaman, yang merupakan sebahagian…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version