
NEW DELHI: Pasangan beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya mara ke final Terbuka India selepas menewaskan pasangan nombor satu dunia dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto, semalam.
Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu berkata, pada set pertama, lawan mereka berjaya mengekalkan momentum, namun mereka percaya akan kemampuan diri sehingga dapat menewaskan pihak lawan.
Beregu Malaysia itu menang dalam saingan selama 53 minit itu 11-21, 21-15, 21-16 dalam pertandingan yang berlangsung di Dewan Tertutup KD Jadhav di sini.
“Saya rasa kami bermain dengan baik hari ini. Kami percaya pada diri sendiri (untuk kembali memperoleh momentum selepas tewas pada set pertama),” kata Aaron.
Bagaimanapun, nasib beregu wanita negara Pearly Tan-M Thinaah berbeza apabila…