
SEPANG: Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang melakar sejarah merangkul kejuaraan pertama bagi Malaysia di Kejohanan Badminton Dunia 2022 di Tokyo, Jepun, akan menerima insentif wang tunai lebih RM200,000 setiap seorang.
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Mohamad Norza Zakaria, berkata daripada jumlah tersebut, RM150,000 diberikan badan induk itu, manakala selebihnya daripada syarikat peralatan sukan Yonex selaku penaja.
Norza juga memaklumkan, beregu itu akan menerima RM20,000 setiap seorang menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
“Ini hanya peringkat awal. Apa yang saya boleh beritahu ialah saya akan berbincang dengan pihak…