Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Mayat pemandu e-panggilan ditemukan dalam but kereta

today29 August 2022

Background



Polis berkata mayat ditemui selepas polis menahan sebuah kereta dinaiki warga Indonesia pagi tadi.

PETALING JAYA: Mayat seorang pemandu e-panggilan ditemui dalam but kereta dengan kaki terikat serta cedera pada muka dan telinga dipercayai dibunuh di Jalan Tugu, Kuala Lumpur, hari ini.

Penemuan mayat mangsa disyaki berusia 50-an susulan polis menahan sebuah kereta Perodua Bezza di bulatan Hishammuddin, berhampiran Bank Negara, yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada 6.30 pagi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Azmi Abu Kassim, berkata sebelum itu MPV polis mengejar kereta berkenaan dan pemandunya memberhentikan kenderaan di tepi jalan berhampiran bangunan Majlis Perubatan Malaysia, Jalan Tugu.

Beliau berkata, empat penumpang termasuk seorang wanita kemudian melarikan diri ke arah landasan Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Jalan Tugu.

“Polis kemudian membuat pemeriksaan dan menemui mayat lelaki terbabit dengan kakinya terikat kain manakala muka dan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post