Pasangan beregu lelaki negara, yang menduduki ranking ketiga dunia, tewas 21-17, 21-18 kepada beregu India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty, pada peringkat final.

PETALING JAYA: Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik terlepas gelaran juara kejohanan Terbuka Indonesia 2023 selepas tewas dalam aksi final di Stadium Istora, Jakarta hari ini.
Gandingan yang menduduki ranking ketiga dunia itu tewas 21-17, 21-18 kepada beregu India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty, kekalahan pertama dalam sembilan pertembungan membabitkan kedua-dua pasangan beregu lelaki itu.
Pasangan negara yang kali terakhir bergelar juara di Kejohanan Dunia tahun lepas gagal mendominasi permainan sementara atlet India yang menghuni ranking keenam dunia itu beraksi tanpa tekanan.
“Kita bermain agak tidak cukup tenang. Di awal permainan, kita bermain baik tetapi mereka kejar semula enam mata…