Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Jangan hamun, caci maki ketika berkempen PRN, titah Sultan Terengganu

today18 June 2023

Background


Sultan Mizan Zainal Abidin menzahirkan harapan tidak berlaku budaya melampaui batas kerana perbezaan politik.

Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, bertitah parti politik perlu berkempen secara sihat dan menunjukkan akhlak baik kepada rakyat. (Gambar Bernama)

KUALA TERENGGANU: Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah mengingatkan parti politik yang bakal bertanding dalam PRN tidak lama lagi supaya berkempen secara sihat dan menunjukkan akhlak serta teladan baik kepada rakyat.

Baginda bertitah, politik kebencian seperti maki hamun dan caci maki perlu dielak agar tidak menjejaskan perpaduan ummah yang bermazhabkan Imam Syafie serta berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Beta berharap agar tidak berlaku di Terengganu pada pilihan raya kali ini budaya yang melampaui batas seperti memaki hamun dan sebagainya.

“Perbezaan politik tidak sepatutnya sesekali menggugat asas ini dan kita seharusnya belajar serta mengambil iktibar daripada kejatuhan empayar Islam…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post