Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Abang Burger Power! Siap Tulis Nama Pelanggan Guna Telur

today10 September 2020

Background

Mungkin bagi sesetengah individu, ada yang beranggapan mahu bekerja hanya kerana keinginan mencari sumber pendapatan.Β 

Oleh sebab itu jika dapat dilihat ketika ini, ramai yang tiada ataupun kurang bersemangat (non-passionate) dengan apa yang dilakukan setiap hari.

Namun, lain pula dengan abang burger yang tular ni.

Sumber gambar: tiktok irani_novia

Menerusi akaun Tiktok @irani_novia, abang burger yang berasal dari Indonesia ini telah membuat pelanggannya teruja.

Video yang diambil oleh pemilik akaun Tiktok tersebut telah mendapat perhatian bukan sahaja daripada netizen Indonesia sendiri, malah ia turut dikagumi dalam kalangan tempatan dengan persembahan-persembahan abang burger tersebut.Β 

@irani_novia

Fyp lagi ngga nih!! ##fyp ##fypγ‚· ##samasamabelajar ##pejuang ##makassarhits

♬ 썸 νƒˆκΊΌμ•Ό – λ³ΌλΉ¨κ°„μ‚¬μΆ˜κΈ°

Aksi melambung telur beberapa kali dan diimbangkan dengan bahagian tepi sudip itu telah menarik perhatian ramai.

Pemilik nama Rani itu juga akan memecahkan dan melukisnya dengan bentuk hati tanda keikhlasannya dalam bekerja dan memberikan yang terbaik buat setiap pelanggannya.

Bukan setakat itu, malah gelagatnya yang sentiasa ceria dan tidak lekang dengan senyuman sambil menyiapkan pesanan pelanggannya juga membuatkan ramai yang senang dengan abang burger itu.

Sumber gambar: twitter

Video itu menjadi tular di media sosial Twitter sehingga meraih ribuan tontonan.

Ramai yang terhibur dengan persembahan abang burger tersebut dan ia mendapat reaksi positif daripada pelbagai pihak.

Ada juga yang tidak kisah jika mereka perlu membayar lebih dan menunggu lama, asalkan mereka dapat persembahan daripada penjual yang ikhlas dan kreatif seperti abang burger ini.

Written by: Zulaikha Zaherman


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *