Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Abang sulung lelaki serang balai Ulu Tiram didakwa beri sokongan, miliki bahan Daesh

today16 October 2024

Background


Radin Romyullah Radin Imran, 34, juga didakwa memiliki bahan berkait kumpulan pengganas Daesh. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Abang sulung lelaki yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram sehingga mengakibatkan kematian dua anggota polis dan seorang lagi cedera, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi atas dua pertuduhan memberi sokongan dan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daesh.

Radin Romyullah Radin Imran, 34, seorang penghantar makanan membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan semula di hadapan Hakim K Muniandy, yang kemudiannya menetapkan 15 Nov untuk pengurusan kes.

Dalam pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa telah memberi sokongan dengan cara berbaiah kepada pemimpin kumpulan pengganas iaitu Abu Bakar al-Baghdadi di sebuah rumah di Jalan Rabani, Kampung Sungai Tiram, Johor Bahru, Johor pada penghujung 2014.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau maksimum 40 tahun…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post