
PETALING JAYA: Ahli Parlimen DAP, Hannah Yeoh menyifatkan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Abd Rani Osman seorang sahabat sejati dan pemergian beliau secara mengejut pada pagi semalam sangat memberi kesan mendalam terhadap dirinya.
Hannah yang juga menteri belia dan sukan berkata, walaupun mereka berbeza pandangan politik dan pegangan agama tetapi beliau mengenang Allahyarham sebagai satu-satunya malah seorang sahabat yang paling dikasihi.
“Saya menjadi saksi bahawa Rani adalah seorang insan yang baik. Benar, masakan tidak, setiap kali saya diserang kerana kepercayaan agama saya, beliaulah yang akan meyakinkan saya untuk tidak berasa bimbang.
“Apabila anak perempuan saya dilahirkan dan diadakan majlis ringkas di gereja, Rani turut menghadirinya. Semasa isu serbuan DUMC berlaku, beliaulah mengetuai delegasi ahli…