Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

ABPBH 32: Ara Simpan Harapan Bolos Top 5!

today5 August 2019

Background

Bahang kehangatan acara hiburan berprestij, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) edisi ke-32 mulai dirasai.

Pelantun lagu Warkah Untukku yang juga calon awal Penyanyi Wanita Popular, ABPBH 32 Ara Johari menyimpan harapan untuk membolosi Top 5.

Menurut Ara, persaingan pada tahun ini semuanya sengit-sengit belaka dan berada dalam kategori Top 5 sudah dikira satu pencapaian terbaik untuknya.

β€œSoal kalah atau menang bukan keutamaan kerana berada dalam kelompok Top 5 sudah saya anggap sebagai kejayaan besar. Apatah lagi, persaingan pada musim ini agak sengit,” katanya.

Ara juga sanggup turun padang melakukan aktiviti mengundi bersama peminat.

β€œSaya turut bersama-sama peminat merancakkan lagi aktiviti mengundi sempena ABPBH 32. Secara tidak langsung, dapat juga saya meluangkan masa bersama mereka yang sentiasa menyokong dari belakang,” ujarnya lagi.

ABPBH 32 bakal berlangsung pada 22 September depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) membawakan tema Melangkaui Sempadan, bersama misi mengiktiraf kejayaan anak seni tempatan bukan hanya di tanah air, malah merentasi benua.

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *