Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Acha Septriasa Hidup Dengan Satu Buah Pinggang – “Saya Sering Pengsan & Tak Kuat”

today10 September 2022

Background

Pelakon dan penyanyi popular, Indonesia, Acha Septriasa mendedahkan dirinya hanya mempunyai satu buah pinggang sahaja.

Menurut Acha, perkara itu disedari ketika berusia 18 tahun selepas membuat pemeriksaan di hospital.

Acha, 33, memaklumkan, tabiat suka menahan kencing dan kurang minum air menyebabkan dirinya terpaksa mendapatkan rawatan sehinggalah doktor memberitahu mengenai keadaan sebenar.

“Ketika menjalani penggambaran filem, saya sering pengsan kerana tidak kuat disebabkan perlu berada di lokasi sehingga 20 jam lamanya.

“Sikap saya yang tidak suka minum air dan menahan kencing ketika perjalanan jauh juga adalah sebabnya,” katanya.

Sementara itu, pelakon yang popular menerusi lagu My Heart ini juga memaklumkan, kedua ibu bapanya juga tidak mengetahui tentang keadaan dirinya itu sehinggalah dia sering mengadu sakit di bahagian perut sebelah kirinya.

“Hasil dari pemeriksaan CT scan yang dijalankan, saya tidak mempunyai buah pinggang di bahagaian kanan. Dan sepanjang saya hidup saya hanya ada satu buah pinggang sahaja,” katanya.

Bagaimanapun, ibu kepada seorang cahaya mata ini memberitahu, mempunyai hanya satu buah pinggang bukanlah menjadi satu masalah yang besar, namun mereka yang mengalami nasib yang sama perlulah menjaga kesihatan sebaiknya.

“Yang menjadi kesalahan adalah, kalaukita bekerja terlalu kuat dan tidak menjaga pemakanan sehingga buah pinggang terpaksa menampung beban. Akhirnya, ia boleh meyebabkan nbuah pinggang rosak dan perlu menjalani rawatan dialisis,” jelasnya.

 

Written by: Aqilah


Previous post