Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Fikir Masa Depan Anak-Anak, Aaron Aziz Runsing

today10 September 2022

Background

Baru-baru ini, pelakon popular, Datuk Aaron Aziz dilihat menyuarakan kebimbangannya menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Menurutnya, apa yang paling menakutkan pada masa sekarang ini adalah, masa depan anak-anaknya yang hidup dalam era sosial media yang penuh dengan fitnah selain kos sara hidup yang semakin tinggi.

“Tengah fikir masa depan anak anak. Macam mana agaknya diaorg nak hadapi hidup yang kos semangkin naik dan sosial media yang penuh dengan fitnah. Ya Allah, lindungi lah anak anak kami. Ameen,” tulisnya.

Sementara itu, pelakon yang popular menerusi filem Ombak Rindu iniΒ  beranggapan bahawa kanak-kanak sekarang ini lebih terdedah dengan penggunaan media sosial yang penuh dengan pelbagai kontroversi dan pengaruh yang tidak baik.

Justeru itu, beliau berharap dan berdoa agar kehidupan anak-anak remaja pada masa kini sentiasa terpelihara.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)

 

Menjengah di ruangan komen, rakan selebriti dan pengikutnya juga bersetuju dengan apa yang diutarakan malah, mereka juga turut meluahkan rasa kebimbangan yang sama.

Untuk rekod,Β  Aaron AzizΒ  mendirikan rumah tangga bersama Diyana Halik pada tahun 2003 dan dikurniakan dengan tiga cahaya mata iaitu, Danish Anaqi, 17, Dwi Ariana, 16 dan Dahlia Arissa, 12.

Written by: Aqilah


Previous post