Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Adibah Noor Tolak Tawaran Rakaman Program TV Pada Tarikh Pengebumian – “Saya Tak Nak Masuk…”

today20 June 2022

Background

Pemergian selebriti versatil, Allahyarhamah Adibah Noor pada petang Sabtu dirasai oleh semua pihak.

Di sebalik perwatakannya yang ceria dan dihormati ramai, Allahyarhamah telah lama menderita penyakit kanser.

Selepas tamat menyertai sebuah program realiti, Adibah sempat merakamkan sebuah single yang terakhir berjudul Kecurigaan.

Menurut komposer lagu tersebut, Chevy Amry, arwah mendapat jemputan untuk menyertai rakaman program Muzik-Muzik ke-37 pada 19 Jun 2022.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Chevy Amry Production (C.A.P) (@chevy_amry_production)

Namun, Adibah menolak tawaran tersebut dengan menyatakan dia enggan muncul di televisyen buat sementara waktu seolah-olah memberi bayangan bahawa dirinya akan pergi buat selama-lamanya.

“Saya tak nak masuk TV buat masa ini. So sorry,” balas Adibah.

Tanpa diduga tarikh 19 Jun menjadi tarikh pengebumian anak seni kesayangan ramai ini.

Memetik laporan BOOM!, Chevy mendedahkan lirik lagu Kecurigaan secara kebetulan menggambarkan situasi sebenar Adibah.

Jelasnya, lirik tersebut ditulis berdasarkan kisah-kisah sedih Adibah dan pada masa sama penyanyi itu juga begitu mendalaminya.

“Saya banyak baca kisah-kisah sedih Adibah. Mungkin saya menyelami situasi arwah dan kebetulan lirik itu dia sangat menghayatinya masa nyanyian.

“Bila arwah menghayati lirik, disebabkan itulah nyanyiannya sampai,” kata Chevy.

Adibah Noor atau nama sebenar Adibah Noor Mohamed Omar, 52, menghembuskan nafas terakhir pada Sabtu, 18 Jun di Hospital Gleneages, Kuala Lumpur.

Sumber: BOOM!

Written by: Salma