
GEORGE TOWN: Seorang Adun DAP mengkritik kerajaan Pulau Pinang atas pengurusan kewangan yang didakwanya sebagai cuai dalam beberapa keadaan.
Joseph Ng (PH-Air Itam) berkata terdapat agensi kerajaan negeri yang membayar balik pinjaman daripada kerajaan negeri pada kadar yang jauh lebih rendah berbanding terma asal.
“Ini adalah contoh ketara pengurusan pinjaman kewangan kerajaan (negeri) yang cuai,” katanya di sidang DUN hari ini.

Nga berkata terdapat satu agensi yang sepatutnya membayar RM623,000 setahun kepada kerajaan negeri untuk pinjaman yang diambil, tetapi mendakwa hanya membayar RM10 setahun.
Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan nama agensi tersebut.
Beliau juga berkata terdapat satu pinjaman RM33 juta kepada sebuah syarikat swasta dengan syarat bayaran balik 36 bulan tetapi belum dibayar lebih 10…