Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Aeril Zafrel Kembali Ke Set Penggambaran

today29 January 2020

Background

Selepas setahun menyepi dari kaca televisyen, aktor terkenal Aeril Zafrel bakal muncul dalam sebuah drama terbaru, Seindah Tujuh Warna Pelangi.

Perkara itu dikongsikan menerusi laman Instagram miliknya pada 24 Januari lalu.

https://www.instagram.com/p/B7ppq6FAFub/

Drama adaptasi novel 28 episod itu bakal mengisi slot Akasia di TV3 bermula 24 Februari depan.

Menariknya, suami kepada selebriti Wawa Zainal itu akan mendukung watak utama bergandingan bersama penyanyi dan pelakon, Nabila Razali.

Selain Nabila, drama Seindah Tujuh Warna Pelangi arahan Eoon Shuhaini itu turut dibitangi oleh Hun Haqeem, Raja Afiq, Wilma Muhammad, Aidil Aziz, Elly Mazlein, Sahronizam Noor, Riz Amin, Nazeera Sardi, Wanna Ali, Laila Nasir, Hairie Othman, Jalaludin Hassan, Wanns Ahmad dan Cassia Iman.

Written by: Jay

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *