Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memberikan sokongan kepada FA Palestine selepas mereka menghantar surat kepada Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) agar menggantung Israel dari menyertai mana-mana kejohanan.
Dalam kongres AFC yang berlangsung di Bangkok baru-baru ini, badan bola sepak Asia itu menerusi presiden iaitu Sheikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa menyokong tindakan Palestine ekoran serangan yang dilancarkan oleh Israel ke atas negara itu yang turut…