
KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad telah mengarahkan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Muhammad Radzi Abu Hassan menempatkan semula doktor pelatih (HO) di hospital daerah yang memerlukan dengan kadar segera.
Menerusi hantaran di laman X, beliau berkata segala langkah penambahbaikan jangka sederhana dan panjang juga sedang dilaksana oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
“Saya amat sedar dan insaf dengan keluhan para petugas saban hari dan minggu. Dengan 147 hospital KKM dan lebih 3,000 klinik kesihatan di seluruh negara, pasti banyak aduan akan saya terima.
“Teruskan menghantar maklum balas dan kritikan (hanya elakkan kata-kata yang mengundang dosa). Saya akan terus ambil perhatian dan bertindak, sementara meneruskan pelbagai pembaharuan saya,” katanya.
Dzulkefly mengulas isu tular di laman sosial berkaitan hantaran gambar keluhan petugas perubatan yang…