Pada 16 September, agensi kumpulan rookie K-Pop FANATICS iaitu F-ENT mengeluarkan pernyataan rasmi permohonan maaf atas isu gangguan seksual yang berlaku semasa empat orang ahli FANATICS iaitu Via, Chaelin, Doi dan Rayeon melakukan video live bersama peminat baru-baru ini.
Sebelumnya, ramai peminat bimbang mengenai gangguan seksual dan keganasan yang terjadi semasa siaran video itu berlangsung, memaparkan interaksi antara ahli FANATICS itu bersama peminat sebelum kamera dipindahkan ke belakang sedikit untuk menunjukkan paparan penuh Via, Chaelin, Doi dan Rayeon.
https://t.co/9adxrBPLhO pic.twitter.com/o1GuxQp4Yd
— 괜찮아요? (@KKKKCCCCkcsmx2) September 16, 2020
Semasa kejadian, seorang staf berusaha untuk menutup kaki ahli FANATICS yang terdedah kerana memakai seluar atau skirt pendek.
Namun, terdapat suara protes daripada seorang staf lelaki di belakang kamera dengan mengatakan “Kenapa kamu tutup kaki mereka? Kami nak tunjuk kaki mereka!”.

Terkejut dengan hal itu, ahli FANATICS yang sedang melakukan video live terus menyerahkan semula jaket yang digunakan untuk menutup kaki mereka.
Peminat juga mendakwa bahawa staf yang cuba menutup kaki mereka itu telah ditampar kerana jelas bunyi seseorang ditampar dua kali di sebalik tabir video live itu.

Sebagai tanda maaf, F-ENT mengeluarkan kenyataan maaf dan akan memastikan kejadian seperti itu tidak akan berlaku lagi selepas ini.
Post comments (0)