
PETALING JAYA: Mohammad Agus Yusoff mendakwa video tular yang dikaitkan dengan dirinya sebagai disuai pinda dan disunting.
Beliau tampil di hadapan pemberita di sebuah hotel di Bangi, bersama peguam dan seorang individu yang diperkenalkan sebagai “Wahab”.
“Video itu sesuatu yang disuai pinda (doctored), sesuatu yang disunting (edited),” kata Agus pada sidang media malam tadi.
Semalam, beliau beritahu media bahawa beliau menghantar surat meletak jawatan ketua pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, kelmarin.
BERITA LANJUT MENYUSUL