Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Ahli Kumpulan SMDX Dikecam Gara-Gara Tak Kenal Dolla

today24 May 2024

Background

Salah seorang anggota kumpulan Sumandaks (SMDX) yang dikenali sebagai Elle Thong menerima kecaman hebat dalam kalangan netizen selepas mengeluarkan kenyataan, mempersoalkan siapakah itu Kumpulan Dolla menerusi sesi siaran langsung baru-baru ini.

Menerusi hantaran yang dikongsikan sebuah portal @lagilagiboom, Elle kelihatan menjawab pertanyaan netizen mengenai sambutan peminat terhadap lagu mereka berjudul, Original Sabahan selain ada yang mempersoalkan fesyen baju yang dipakai mereka dalam muzik video berkenaan.

“Happy cuma ada haters yang kecam dan cemburu… tapi ada saya kisah? Cukup ready sudah saya punya mental.

“Lagu mereka tak kecam sangat cuma pakaian sahaja. Mungkin mereka (netizen) tidak tahu moden kan… Tapi saya peduli apa,” katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada kemunculan mereka dalam industri hiburan sebagai pencabar kepada kumpulan pop terkenal Dolla, Elle bagaimanapun berkata, bahawa dia tidak mengenali kumpulan itu, sekaligus mengundang rasa kurang senang dalam kalangan peminat.

“Dia orang ni mencabar Dolla. Who is Dolla? I don’t know siapa tu Dolla. Maybe Dav dan Kristal kenal lah, saya tidak kenal.

“Who is that? I was like bukan sombong tapi memang tidak kenal,” jawabnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LAGI LAGI BOOM (@lagilagiboom)

 

Mendengar jawapan yang diberikan, rata-rata warganet menyifatkan, Elle tidak memiliki sikap hormat terhadap kumpulan yang boleh dianggap sebagai senior mereka.

Bahkan, ramai yang mengecam tindakannya dan menggelarnya sebagai seorang yang sombong dan berlagak.

Sekadar info, kumpulan SMDX mula mencuri perhatian apabila lagu mereka berjudul, Original Sabahan tular di platform TikTok.

Written by: Aqilah


Previous post