
PETALING JAYA: Teka-teka mengenai status permohonan Willie Mongin akhirnya terungkai apabila Ahli Parlimen Puncak Borneo itu secara rasmi diterima sebagai ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) hari ini.
Perkara itu disahkan oleh Premier Sarawak, Abang Johari Openg, selepas permohonan Willie diterima PBB selaku parti tunjang kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu.
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu dikatakan mengemukakan permohonan untuk menyertai PBB beberapa bulan lalu.
Beliau memenangi kerusi Parlimen Puncak Borneo, atas tiket PKR pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dari PBB, Genot Sinel.
Bagaimanapun, beliau meninggalkan PKR melalui ‘Langkah Sheraton’ pada awal 2020 sebelum menyertai Bersatu.
“Keputusan untuk menerima Willie sebagai ahli PBB…