Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Ahli perniagaan direman 5 hari disyaki minta rasuah RM400,000

today5 March 2025

Background


macc
Kes disiasat bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

PETALING JAYA: Seorang ahli perniagaan direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM400,000 sebagai balasan mendapatkan hak guna tanah milik anak syarikat kerajaan negeri.

Sumber SPRM berkata, lelaki berusia lingkungan 40an itu ditahan di Pejabat SPRM Kedah sekitar 3.25 petang semalam ketika hadir memberi keterangan.

Katanya, Majistret Siti Norhidayah Mohd Noor mengeluarkan perintah reman lima hari selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Alor Setar pagi ini.

“Berdasarkan siasatan awal, suspek dipercayai meminta wang rasuah sebagai balasan membantu mendapatkan hak penggunaan tanah bagi satu projek usahasama dan suspek dipercayai melakukan kesalahan berkenaan sekitar Jun 2020,” katanya, lapor Bernama.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah Ahmad Nizam Ismail ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Kes disiasat bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters