
PETALING JAYA: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin berkata sambutan Aidilfitri tahun ini mungkin paling mencabar bagi rakyat.
Katanya, dalam situasi kenaikan kos sara hidup yang berterusan sejak setahun lalu terutama harga bahan makanan, kos perkhidmatan, tarif elektrik dan beberapa jenis cukai lagi, persiapan raya sedikit-sebanyak sudah pasti terjejas.
“Saya amat memahami keadaan ini dan berdoa semoga saudara-saudari bersabar dan tabah menghadapi ujian ini,” katanya dalam perutusan Hari Raya Aidilfitri.
Sementara itu, Muhyiddin yang juga bekas perdana menteri menyeru umat Islam tidak melupakan saudara mereka seperti di Palestin yang diuji dengan kesukaran hidup dan penindasan di negara sendiri.
“Marilah kita bersama-sama berdoa semoga pergolakan yang sedang berlaku akan segera berakhir dan mereka akan dapat kembali…