Orang tua-tua kata kalau dah suka jangan ditunggu lama-lama takut diambil orang.
Akhirnya pasangan selebriti Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson mengumumkan bakal menamatkan zaman solo mereka pada bulan Februari tahun hadapan.

Bercerita mengenai tarikh pernikahan, mereka masih belum memutuskan tarikh sebenar kerana bergantung kepada kekosongan lokasi perkahwinan.

“Kami memilih bulan Februari kerana ia bulan kelahiran Zahirah dan mengandungi banyak tarikh yang menarik.
“Namun, tarikh pernikahan masih belum dapat ditentukan kerana banyak hal yang memerlukan perbincangan antara kedua belah pihak,” kata Aiman.
Wah, semoga segala perancangan perkahwinan dipermudahkan dan jodoh mereka berkekalan hingga ke jinjang pelamin.
Mengimbas kembali, Aiman dan Zahirah melangsungkan pertunangan mereka pada 8 Jun lalu di kediaman ibu Zahirah di Perth, Australia.
https://www.instagram.com/p/BycjcvupKim/
https://www.instagram.com/p/Byb5H3LHe1s/
Post comments (0)