Perkara yang paling seronok dilakukan selepas berkahwin adalah pergi berbulan madu. Tak kisahlah sama ada dalam mahupun luar negara, ia adalah sesuatu yang mustahak pada zaman ini malah ia mampu mencipta memori indah diantara mana-mana pasangan.
Sama seperti pasangan-pasangan lain, pelakon dan pengacara, Ain Edruce yang baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 13 Disember lalu dengan suaminya Amirul Hafiz Mustaffa telah terbang ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu untuk berbulan madu.
Ain telah berkongsi momen indah dengan memuat naik beberapa foto sepanjang di Dubai buat tatapan umum.
https://www.instagram.com/p/B6iuLI6lDW9/
“Kali pertama di Dubai! Kasi peluang kak Ain berbulan madu ye,” tulisnya ringkas sebagai kapsyen.
Selepas beberapa hari berada di Dubai, Instagram Ain dipenuhi dengan foto-foto dia dan suami di lokasi popular pelancong seperti Dubai Miracle Garden, Zabeel Park Dubai, Burj Khalifa dan paling menarik sekali, foto mereka bersama chef terkenal Salt Bae!
https://www.instagram.com/p/B6rylGDFB9U/
Bukan itu sahaja, malah Salt Bae sendiri yang memotong daging dan menghidangkannya kepada pasangan itu. Dikatakan, Salt Bae jarang berada di restorannya…jadi memang rezeki Ain dan suami dapat bertentang mata dan mendapat servis personal dari chef terkemuka itu.
https://www.instagram.com/p/B6qZxXFFVE6/
Untuk info, Ain dan pasangannya, Amirul Hafiz Mustaffa, telah disatukan pada 13 Disember pada majlis akad nikah yang berlangsung di Quill City Mall, Kuala Lumpur.
Post comments (0)