Datuk Fahmi Fadzil turut memaklumkan bahawa butiran lanjut mengenai mekanisme tempahan tiket akan diumumkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) dalam masa terdekat. Langkah ini bertujuan memastikan proses penebusan diskaun berjalan lancar dan teratur.
Dalam pada itu, beliau turut berkongsi bahawa sebuah pesawat AirAsia bakal dinamakan sempena penghargaan kepada pengamal media hasil kerjasama bersama syarikat penerbangan tersebut.
“Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, memaklumkan kepada saya bahawa pihaknya bersedia menamakan sebuah kapal terbang atas nama wartawan.
“Kita akan bincangkan cadangan nama yang sesuai dan akan diadakan satu majlis rasmi untuk pelancarannya sebagai simbolik penghargaan kepada rakan-rakan media,” katanya.
Sehingga 4 Jun 2025, seramai 12,428 pengamal media aktif telah berdaftar dengan Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN). Daripada jumlah itu, 12,297 adalah warganegara Malaysia yang berkhidmat dalam pelbagai platform…