
Syarikat penerbangan jarak jauh, AirAsia X Bhd (AAX), merancang untuk menurunkan lagi harga tambang penerbangan susulan harga bahan api jet yang kini menunjukkan trend kembali ke paras normal.
Bagaimanapun, tempoh masa terperinci bagi pelaksanaan penurunan tersebut masih belum dimuktamadkan, petik The Edge Malaysia.
Penurunan harga bahan api global ini mula dikesan susulan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran pada…