Imbas untuk muat turun aplikasi

Muzik Buzz

“Akhir Zaman” Single Terbaru Bunkface

today28 February 2020

Background

Kumpulan yang memperjuangkan muzik punk rock, Bunkface kini tampil dengan single terbaru, Akhir Zaman.

Biarpun industri seni dibanjiri pendatang baru bagai cendawan tumbuh selepas hujan, nama Bunkface tetap mekar dan memiliki peminat tersendiri.

Untuk pengetahuan, Bunkface dianggotai oleh Sam selaku vokalis, Youk (gitar bass) dan Paan (gitar utama).

Melodi dan lirik di dalam lagu Akhir Zaman mendapat sentuhan Sam sendiri yang berkisarkan tentang keadaan semasa di Malaysia dan dunia sekeliling hari ini.

Jom saksikan video lirik Akhir Zaman yang telah dilancarkan secara rasmi jam 10 pagi pada 26 Februari lalu.

https://www.youtube.com/watch?v=hFMvDf5miSE

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *