Belum sampai 24 jam ia dimuat naik menerusi laman Youtube, lagu baharu daripada Coldplay terus mendapat sambutan peminatnya dari dalam dan luar negara.
Coldplay semalam 24 Oktober 2019 menerusi laman Instagram rasmi milik mereka memaklumkan bakal melancarkan lagu baharu mereka tepat pada jam 7:30 malam.
https://www.instagram.com/p/B3_85-ZgiUh/
Dua lagu bertajuk Orphans dan Arabesque yang telah dilancarkan itu merupakan sebahagian daripada album Everyday Life yang akan dikeluarkan pada 22 November ini.
Menerusi satu posting dilaman Instagram rasmi mereka juga telah memaparkan sampul album Everyday Life yang ditulis dalam bahasa Arab.
https://www.instagram.com/p/B4AxXSPAcOE/
Selain itu, mereka turut menampilkan teaser daripada kedua lagu tersebut walaupun kumpulan berkenaan sudah melancarkan dua lagu itu dalam bentuk video lirik di laman Youtube.
Banyak betul kejutan yang diberi kumpulan ini kepada peminatnya. Dalam masa sebulan je guys!
Post comments (0)