Imbas untuk muat turun aplikasi

Muzik Buzz

Akim & Stacy Lancar Video Muzik AKDM

today18 March 2020

Background

Lagu duet Aku Kau Dan Muzik (AKDM) nyanyian Akim Ahmad bersama isteri, Stacy mendapat sambutan luar biasa sejak ia dilancarkan pada 14 Februari lalu.

Buktinya, dalam tempoh dua minggu video lirik lagu ciptaan Hang Nadim, Bunga Cantik, Akim, Stacy dan Freddy itu sudah mencatatkan lebih 500,000 tontonan.

Lagu Aku Kau Dan Muzik juga merupakan terbitan sulung syarikat mereka, Rhythm & Rhyme Entertainment (R&R Entertainment).

Tepat jam 3 petang bertarikh 17 Mac, video muzik rasminya telah dilancarkan di laman Youtube.

https://www.youtube.com/watch?v=TASr-z-seXw

Sehingga artikel ini ditulis, video muzik Aku Kau Dan Muzik telah meraih 52,000 jumlah tontonan serta 6,600 tanda suka daripada peminat.

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *