Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Aksi Manja Tayang Pusat Eyka Farhana Menerusi Kempen Baju Dalam Dikecam Netizen

today23 August 2022

Background

Nama pelakon Eyka Farhana sudah tidak asing lagi dalam dunia hiburan tempatan tanah air.

Malah, dia juga seringkali terpalit dengan beberapa isu kontroversi melibatkan penampilan seksinya dan cerita mengenai hubungan cintanya bersama pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Akhyar Rashid.

Terbaharu, Eyka atau nama sebenarnya, Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi sekali lagi tampil dengan aksi seksinya apabila terlibat dalam satu kempen pakaian dalam melibatkan jenama terkenal antarabangsa, Calvin Klein.

Menerusi video tersebut, Eyka tampil memakai sports bra bersama seluar dalam jenama terkenal itu yang turut dipadankan bersama jaket denim dan seluarΒ jeans ‘baggy’.

Bahkan, penampilannya itu turut memperlihatkan bahagian perut dan pusatnya dengan jelas sambil beraksi manja dan terbaring di atas sofa.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet kurang senang dengan penampilan aktres itu yang beraksi seksi untuk menjayakan kempen jenama popular itu.

“Nak cabar siapa? Islam hanya pada IC….”

“Aurat is nothing….”

Bagaimanapun, ada juga rakan artis yang tampil memuji penampilan pelakon Juvana itu yang dilihat semakin cantik dan matang dalam persalinan berkenaan.

Terdahulu, Eyka pernah memkalumkan bahawa dia tidak mahu bersikap ‘poyo’ dan berpura-pura disebalik pakaian yangdikenakannyaΒ  demi mengikut kehendak netizen.

@misseykaf My comfort of confidence 🀍 @Calvin Klein #mycalvins ♬ original sound – Eykafarhana

 

Written by: Salma