
IPOH: Aktiviti riadah dan sukan air di daerah Kampar dibenarkan beroperasi semula mulai esok.
Pegawai Daerah Kampar, Nazrul Fazami Mohamad bagaimanapun berkata, semua pengusaha aktiviti perlu mematuhi Garis Panduan Pengoperasian Aktiviti Riadah dan Sukan Air yang ditetapkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).
“Sepertimana semua sedia maklum, semua aktiviti riadah dan sukan air ini dihentikan serta-merta sebelum ini disebabkan fenomena air besar (kepala air) di Sungai Jahang yang meragut tiga nyawa.
“Susulan itu, beberapa sesi pertemuan diadakan wakil JPBD Kampar bersama pengusaha terlibat, dan hasilnya satu garis panduan diwujudkan sebagai panduan pengusaha terbabit,” katanya dalam kenyataan.
Pada 15 Nov lepas, tiga kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) lemas selepas bot rafting yang mereka naiki menyusuri Sungai Jahang…