Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Akui Sering Kena Tipu, Tegar Sayu Kena Halau Keluar Rumah Sewa

today10 November 2022

Background

Penyanyi Indonesia, Tegar Septian, 21, meluahkan rasa sedih apabila sekali lagi diuji dengan masalah kewangan.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Tegar memaklumkan dia dan keluarganya terpaksa keluar dari rumah akibat tidak mampu membayar sewa.

“Duh aku harus bagaimana lagi aku harus bayar sewa rumah.

“Aku kesian dengan orang tua aku kalau tak mampu bayar, orang tua aku mahu tidur dimana dan keluarga aku Ya Allah,” tulisnya.

Pelantun lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang itu turut memuat naik tangkap layar yang memaparkan perbualan mesej bersama ibunya yang menyatakan sudah beberapa hari tidak makan.

Menurut Tegar lagi, dia juga berkata masalah kewangan yang dihadapinya itu gara-gara sering ditipu dan tidak mendapat wang royalti hasil nyanyiannya.

“Maaf bukannya apa-apa. Kenapa aku begini. Aku selalu kena tipu.

“Semoga kalian faham apa maksud aku. Royalti pun aku belum sepenuhnya dapat,” jelasnya lagi.

Jun lalu Tegar membuat pendedahan mengenai keruntuhan rumah tangga, namun, tidak berkongsi tarikh perceraian.

Tegar mendirikan rumah tangga dengan Sarah pada Mac 2020. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata lelaki, Abidzar Oktaviano Putra Septian yang kini berusia dua tahun.

Written by: Aqilah