Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Bawa Watak Anwar Ibrahim & Wan Azizah, Ramai Tak Sabar Nak Tonton Lakonan Farid Kamil & Acha Septriasa

today10 November 2022

Background

Tular di media sosial baru-baru ini sebuah perkongsian yang memaparkan aktor Farid Kamil dan pelakon Indonesia, Acha Septriasa bakal bergandingan dalam sebuah filem.

Menerusi perkongsian di Twitter, filem itu berkisar mengenai perjuangan seorang ahli politik iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Filem tentang Anwar Ibrahim akan jadi kenyataan.

“Bukan biasa-biasa punya produksi dan pelakon. Melibatkan dua negara.

“Yang akan jadi Anwar Ibrahim ialah Farid Kamil. Yang akan melakonkan watak Dr. Wan Azizah adalah Acha Septriasa,” tulis seorang pengguna.

Dalam perkongsian sama, turut memperkenalkan barisan pelakon lain seperti Hasul Rahmat yang akan memegang watak Tun Dr. Mahathir.

Ciapan tersebut juga turut menjadi bualan waraganet apabila memaparkan foto-foto ketika sepanjang pembikinan filem itu dan yang paling mencuri tumpuan ialah foto Acha Septriasa mengenakan hijab dengan gaya Datuk Seri Dr. Wan Azizah.

“Cantiknya Acha Septriasa pakai tudung gaya Dr Wan Azizah,” ciap pengguna.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa teruja dan tidak sabar untuk menonton filem yang akan memberi fokus kepada kisah perjuangan politik Anwar Ibrahim.

Difahamkan filem terbitan syarikat produksi Indonesia itu masih dalam proses akhir penggambaran dan dijangka menemui penonton pada tahun depan.

Written by: Aqilah