Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Alami Kecederaan Di Gegendang Telinga, Haqiem Rusli Mohon Doa Peminat

today30 October 2023

Background

Penyanyi Haqiem Rusli bimbang dengan keadaan dirinya gara-gara gegendang telinga luka akibat dimasuki air Khamis lalu.

Perkara itu dikongsi Haqiem menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story miliknya.

“Dah dua hari telinga saya punya gegendang sebelah kiri luka, punca dia sebab air masuk telinga.

Pelantun lagu Tergantung Sepi itu mengakui kecederaan tersebut menyebabkan pendengaran telinga kiri terganggu. Dia tidak dapat mendengar sepenuhnya.

“Memang 20 peratus saja dengar, belah kanan 100 peratus okay,” katanya.

Menurut Haqiem atau nama sebenar Ridzuan Haqiem Rusli, kecederaan tersebut menyebabkan dia risau untuk beraksi di pentas Famili Duo.

Dia meminta netizen mendoakan kesihatannya agar dapat membuat persembahan yang baik di Famili Duo malam ini.

“Doakan saya untuk Famili Duo esok,” tulisnya.

Memandangkan hanya telinga kanan dapat mendengar dengan jelas, ear monitor akan dipakai di telinga kanan sahaja.

“Ear monitor memang pakai belah kanan je lah,” katanya.

Dalam pada itu, Haqiem turut meminta cadangan ubat yang berkesan untuk merawat kecederaan gegendang telinganya.

“Kalau ada ubat-ubat yang bagus, bagi tahu ye,” katanya lagi.

Jangan lupa saksikan persembahan Haqiem dan Ariff Bahran dalam Famili Duo 3 setiap Ahad, jam 9 malam di TV3 atau strim secara HD di Tonton

Written by: Salma


Previous post