Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Alif Satar Bakal Lancar Single Baharu Esok, Sempat Tinggal Komen Mencuit Hati Buat Mona Allen

today18 August 2022

Background

Penyanyi Alif Satar, mengumumkan dia bakal melancarkan lagu terbaharunya yang bertajuk Isteri menerusi akaun Instagramnya, semalam.

Menerusi perkongsian di Instagram, Alif telah memaklumkan lagu yang sepatutnya dijadikan OST drama Risik Pada Hati itu bakal dilancarkan pada 19 Ogos ini, esok.

“Ni lah lagu yang tak kesampaian jadi OST Risik Pada Hati. 19hb ni akan launch. Korang rasa lagu untuk siapa Hayfa atau Aisha? ke .. untuk?? …. p/s Cuba teka nama lagu ni #Isteri #KauLahIsteri,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

Sebelum ini, Alif telah menyatakan hasratnya untuk menjadikan lagu tersebut sebagai OST drama itu tidak kesampaian biarpun sudah beberapa kali memujuk penerbit.

ARTIKEL BERKAITAN: Hajat Tak Kesampaian, Alif Satar Cipta Lagu Sempena OST Risik Pada Hati – “Tapi Bukan Rezeki”

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata pengikutnya dan rakan artis tidak sabar menantikan kemunculan lagu baharunya itu.

Lebih mencuit hati, Alif sempat meninggalkan komen berbaur gurauan terhadap pelakon Mona Allen yang sedang sarat mengandung.

Malah, ada juga yang berharap agar penerbit dapat menghasilkan Risik Pada Hati 2 selepas berjaya meraih sambutan yang luar biasa daripada penonton setia drama itu.

Written by: Aqilah


Previous post