Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Alif Satar Dapat ‘Green Light’ Isteri

today3 January 2020

Background

Penyanyi, pelakon dan pengacara terkenal, Alif Satar memberi ‘hint’ kepada peminat sekali lagi bakal menyertai sukan berbasikal tahun ini.

Perkara itu dikongsikan oleh Alif sendiri menerusi satu foto sedang mengayuh basikal yang dimuat naik di laman Instagram pada Rabu.

https://www.instagram.com/p/B6xs4lQlP5u/

Jemputan untuk kayuh basikal bagi tahun 2020 kini dibuka.. baru apply visa dan dah dapat kelulusan.?? cc @shadilahalid ?,” tulisnya yang sudah mendapat ‘green light’ daripada isteri tercinta, Shadila.

Pelantun lagu I want You To Love Me itu sememangnya dikenali sebagai seorang yang mengamalkan gaya hidup sihat kerana begitu meminati aktiviti kecergasan seperti sukan renang dan berbasikal.

Lantas, perkongsian itu menerima pelbagai reaksi daripada peminat termasuk jawapan balas daripada isteri Alif di ruangan komen.

Untuk rekod, Alif dan Shadila Halid berkahwin pada 15 September 2014 dan sudah dikurniakan tiga orang cahaya mata bernama Alisha Anugerah, Ariana Mecca dan Muhammad ‘Ali.

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *