Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Aliran trafik di lebuh raya utama lancar, terkawal

today21 April 2023

Background


Setakat 9 pagi tadi, aliran trafik menuju selatan dan utara lancar, kecuali dari Slim River ke Sungkai dan Tapah ke Gopeng bergerak perlahan.

Keadaan trafik di KM147.5 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Plaza Tol Juru pada 9.33 pagi tadi. (Gambar Twitter Trafik Plus)

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama lancar dan terkawal menjelang Aidilfitri esok.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi berkata, setakat 9 pagi tadi, aliran trafik menuju utara lancar, namun kenderaan di dua lokasi, iaitu dari Slim River ke Sungkai dan Tapah ke Gopeng bergerak perlahan.

Bagi perjalanan ke arah pantai timur, kenderaan dilaporkan bergerak perlahan dari Terowong Genting Sempah ke kawasan Rehat & Rawat Genting Sempah.

Selain itu, laluan trafik menuju selatan turut dilaporkan lancar.

PLUS menerusi Twitter memaklumkan, terdapat lori rosak di KM233.4 arah selatan dari Changkat Jering ke Kuala Kangsar yang menyebabkan lorong kiri terhalang, namun trafik masih lancar di…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post