Connect with us

Story

Amalkan 5 Gaya Hidup Sihat ini Untuk Kehidupan Yang Lebih Baik

Tahukah anda, amalan gaya hidup sihat harus dimulakan dari awal untuk mencegah penyakit yang tidak diingini. Pengambilan makanan secara tak terkawal, serta gaya hidup tidak sihat boleh memberi kesan kepada kesihatan anda pada jangka masa panjang. Tinggi kolestrol dan kadar gula dalam darah yang tinggi merupakan antara faktor utama masalah kesihatan.

Published

on

Tahukah anda, amalan gaya hidup sihat harus dimulakan dari awal untuk mencegah penyakit yang tidak diingini. Pengambilan makanan secara tak terkawal, serta gaya hidup tidak sihat boleh memberi kesan kepada kesihatan anda pada jangka masa panjang. Tinggi kolestrol dan kadar gula dalam darah yang tinggi merupakan antara faktor utama masalah kesihatan.

Jadi , bagaimana untuk mencegahnya dan memiliki kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang? Jom ikuti beberapa tips mudah ini.

1.Amalkan Makanan Yang Lengkap Nutrisi & Seimbang

Makan secara sihat adalah menjadi keutamaan semua orang. Makanan seimbang yang bernutrisi lengkap dengan kuantiti suku-suku separuh elok diamalkan untuk mengawal pengambilan makanan yang berlebihan. Makanan tinggi serat juga merupakan cara semulajadi untuk membantu mengawal paras glukosa dan kolestrol dalam darah.

2. Kerap Bersenam 

Senaman ni banyak faedahnya, antaranya adalah membantu mengawal berat badan dan menjadikan tulang lebih kuat. Semasa bersenam, kita menggerakkan banyak anggota tubuh dan badan akan mengeluarkan peluh. Ia akan membuatkan tubuh badan kita terasa lebih segar dan cergas dengan pengaliran darah yang baik setelah bersenam. Tahap gula dalam darah juga akan lebih stabil apabila kita kerap bersenam dan tidak berlebihan berat badan.

3.Kurangkan Makan Makanan Yang Tinggi Gula

Kebanyakan hidangan manis mengandungi lemak dan tinggi kalori berbanding buah-buahan atau makanan berkarbohidrat yang lain. Jadi , ia tidak elok diambil secara berlebihan sebab dah tentu ia adalah faktor penting dalam meningkatkan paras gula dalam darah. Dalam erti kata lain, makin banyak kita makan benda manis, makin tinggilah kadar gula dalam darah. Bak kata orang melayu, kurangkan makanan makin tapi lebihkanla manis dalam senyuman.

4. Dapatkan Tidur Yang Cukup 

Mendapatkan tidur yang cukup adalah penting bagi memastikan kesihatan tetap terkawal dengan sempurna. Samalah seperti anda mendapatkan rehat, jika tubuh dan otak asyik berkerja, mestilah boleh menjejaskan tahap kesihatan anda.

5. Kawal Paras Glukosa Dalam Darah Dengan Produk Formula Rendah Indeks Glisemik

Glucerna® diperkaya dengan 35 jenis nutrien yang lengkap dan seimbang seperti Vitamin D, Kalsium, Zink dan Zat Besi untuk membekalkan nutrisi yang diperlukan setiap hari. Ia juga dilengkapi dengan lipid unik yang mengandungi Omega-3, Omega-6, Omega-9 dan rendah kolesterol. Selain itu, serat larut dan tidak larut didalamnya  boleh membantu menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dalam sistem penghadaman. 

Jadi, bagi anda yang ingin mengawal kalori harian dengan mudah dan cepat,  Glucerna®  paling sesuai untuk anda, kerana ia diperkaya dengan pelbagai vitamin dan mineral yang baik untuk tubuh badan. 

Selain berkhasiat, ia juga lazat untuk diminum. Ia didatangkan dalam tiga perisa berbeza,  vanila, coklat dan gandum. Dapatkan Glucerna® di mana-mana farmasi berdekatan ataupun di Official Store seperti Lazada dan Shopee hari ini!

Nak tahu lebih lanjut lagi tentang produk ini, layari je laman web Glucerna sekarang!

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Office
    +603-7710 5022
  • Studio Hotline
    +603-7710 8822
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.