Penyanyi yang sedang meningkat naik Aman RA baru saja melancarkan lagu terbarunya berjudul Berada, hasil kolaborasi bersama dua rakannya iaitu Noh Salleh dan Altimet.
Lagu Berada turut termuat di dalam album pertamanya, REBEL yang menceritakan tentang perjalanan hidup mereka yang berbeza. Namun, tetap berasa bersyukur walau apa jua keadaan.
Menariknya, lagu yang berunsurkan pengajaraan ini juga mengunakan ‘wordplay’ perkataan Berada (berharta), Berada (kedudukan) dan Brader (Persaudaraan).
Video muzik (MV) Berada juga mengimbas kembali cabaran hidup yang mereka lalui, nilai kasih sayang dan merendah diri.
Jom saksikan MV Berada di bawah.
Post comments (0)