
KLANG: Mahkamah Sesyen memerintahkan pendakwah selebriti Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai PU Azman membela diri atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun, tahun lalu.
Hakim Syafeera Mohd Said membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Azman Syah, 42.
“Setelah mendengar dan meneliti saksi pendakwaan dan semua bukti dan serta meneliti hujahan pendakwaan, mahkamah memutuskan bahawa pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap OKT (Orang Kena Tuduh) atas tuduhan pertama dan tuduhan kedua. Oleh yang demikian OKT diarah untuk membela diri,” katanya.
Ketika keputusan dibacakan, Azman Syah yang berada di dalam kandang tertuduh kelihatan tenang dan setelah…