Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Amar Baharin Mahu Jantina Anak Jadi Kejutan

today26 August 2019

Background

Pejam celik-pejam celik tinggal lima bulan sahaja lagi pasangan selebriti Amar Baharin dan Amyra Rosli bakal menimang cahaya mata kedua mereka.

https://www.instagram.com/p/B1lKSYapwhj/

Amyra menyambut ulang tahun kelahiran ke-28 pada Ahad.

Bercerita soal jantina bayi, Amar menjelaskan dia begitu teringin memiliki anak perempuan jika diberi pilihan. Namun, apa yang lebih penting dan menjadi keutamaannya adalah kesihatan bayi.

β€œLelaki atau perempuan, saya tidak kisah. Kalau rezeki Allah boleh dipilih, sudah tentu saya mahukan anak perempuan pula.

β€œBagaimanapun, saya tetap bersyukur walau apa pun jantina anak saya ini. Asalkan dia sihat dan sempurna. Itu yang kami doakan setiap hari,” katanya.

Sementara itu, Amar juga enggan mengetahui lebih awal jantina anak kedua mereka kerana mahu memberikan kejutan.

β€œSaya tidak mahu mengetahui jantina bakal anak kedua saya kerana mahu memberi kejutan pada majlis baby shower kelak,”ujar Amar.

Amar dan Amyra mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan memiliki seorang anak lelaki, Aqeef Anaqi yang kini berusia setahun lapan bulan.

https://www.instagram.com/p/BvkQwvKHcPo/

https://www.instagram.com/p/Bvr4Xo9nawl/

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *