Siapa tak kenal dengan pasangan selebriti romantik Amar Baharin dan Amyra Rosli.
https://www.instagram.com/p/B9RHyXrJt4u/
Dikurniakan sepasang cahaya mata yang comel, keluarga ini sering mendapat perhatian netizen di media sosial.
https://www.instagram.com/p/B8n3JVQJIly/
Pada 4 Mac lalu, Amyra yang cukup popular menerusi drama Nur ada memuat naik foto dirinya dan Amar sewaktu kecil, bersebelahan dengan foto anak lelakinya Anaqi dan anak perempuannya Aryssa.
https://www.instagram.com/p/B9TaBbtJwQ4/
Menjengah ke ruangan komen, perkongsian Amyra itu ternyata mendapat banyak komen positif dengan rata-ratanya memuji kecomelan anak mereka.
Dalam pada itu, wajah Amyra sewaktu kanak-kanak juga mencuri perhatian pengikutnya yang berpendapat pelakon berusia 28 tahun itu sudah cantik sejak kecil.






Untuk rekod, Amar dan Amyra telah berkahwin pada 2016 dan pasangan itu telah dikurniakan dua orang anak, Aqeef Anaqi pada 15 Oktober 2017 dan Ayra Aryssa pada 1 February 2020.
Post comments (0)