PETALING JAYA: Kerajaan harus sama ada mengambil alih Digital Nasional Berhad (DNB) secara keseluruhan atau menjualnya, kata bekas ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat telekomunikasi.
“Jika kerajaan tidak mampu atau tidak mahu mengambil risiko teknologi itu, ia harus menjual DNB kepada syarikat utiliti yang tidak dimiliki mana-mana pengendali rangkaian mudah alih (MNO),” kata sumber yang enggan dikenali itu kepada FMT.
Sebaik-baiknya, katanya, kerajaan harus mengelak risiko memiliki rangkaian 5G berikutan keusangan pesat teknologi secara amnya.
“Ini isu biasa dengan teknologi baharu. Persoalannya adalah sama ada pengendali atau pemilik rangkaian 5G boleh menanggung risiko keusangan teknologi. Kebolehgunaannya merosot lebih cepat daripada kereta.
“Sebelum kita boleh mendapatkan semula…