Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Ambil kira keperluan majikan untuk semak semula gaji minimum, kerajaan diberitahu

today23 August 2026

Background


MSME
Perusahaan mikro dan perniagaan yang beroperasi di pekan kecil atau kawasan luar bandar akan terjejas teruk sekiranya gaji minimum dinaikkan, menurut sebuah kumpulan PKS.
PETALING JAYA:

Kumpulan perniagaan dan majikan mahu kerajaan mengambil kira keperluan serta cabaran mereka ketika merangka rancangan untuk menaikkan gaji minimum.

Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta) berkata, daripada mengenakan kenaikan secara menyeluruh, kerajaan boleh menetapkan kadar kenaikan gaji berdasarkan saiz perniagaan dan lokasi geografi.

Manakala Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) pula mahu sebarang kenaikan dikaitkan dengan produktiviti.

Pada Selasa, Menteri Sumber Manusia R Ramanan berkata kerajaan sedang mengkaji cadangan untuk menaikkan gaji minimum daripada kadar semasa RM1,700 sebulan.

Bagaimanapun, beliau berkata keputusan muktamad sama ada untuk mengekalkan atau menaikkan kadar berkenaan akan dibuat oleh Majlis Perundingan Gaji Negara.

william ng
William Ng.

Presiden…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Natalie Chan


Previous post