Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Amelia Henderson Dikritik Kekok Di Dapur, Aedy Ashraf Pertahankan Kekasih

today11 September 2023

Background

Pelakon jelita, Amelia Henderson menjadi sebutan ramai setelah sebuah video memaparkan dirinya kekok ketika memasak atau berada di dapur.

Video yang dikongsikan oleh akaun Instagram itu memaparkan Amelia sedang memotong cili merah dan menggaul telur mentah dengan sebati.

Namun begitu, reaksi wajahnya ketika melakukan perkara tersebut meraih perhatian ramai.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, Amelia memuat naik ciapam mempersoalkan adakah masih ramai yang percaya bahawa nilai wanita itu berkurang hanya kerana tidak pandai memasak.

Menyedari nama kekasih hatinya dikritik segelintir pihak, aktor Aedy Ashraf tampil mempertahankan Amelia.

β€œDo people really believe that you’re less of a woman if you don’t cook….?,” ciapnya

Menerusi satu ciapan, Aedy berkata dia seorang yang mahir memasak.

β€œIts okay, I’m a good cook,” tulisnya.

Sementara itu, kakak Aedy iaitu Nor Hidayah juga mempertahankan Amelia dengan berkata dia mempunyai thermomix, iaitu alat masak yang digunakan untuk mencampur dan memanaskan makanan.

β€œTak apa, i ada Thermomix. Lah tiber,” tambah kakak Aedy.

Menjengah ke ruangan komen video di media sosial portal hiburan tersebut, ramai juga para wanita yang memberi sokongan kepada aktres drama Kisah Cinta Kita itu untuk tidak mengendahkan segala kritikan.

Netizen turut berkata skill memasak akan datang dengan sendirinya selepas berkahwin.

Sebelum ini, Amelia meluahkan hasrat untuk mempunyai bakal suami yang pandai memasak.

Written by: Aqilah


Previous post