Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Isu Anak Penyondol, Norman Hakim Bakal Selesaikan Secara Tertutup

today11 September 2023

Background

Pelakon sensasi, Norman Hakim mengambil iktibar atas ujian yang menimpa keluarga berkaitan puterinya bersama Abby Abadi, Marissa Dania Hakim yang didakwa โ€˜menyondolโ€™ suami orang.

Menerusi hantaran di Instagram, Norman berkongsi sebuah video ketika berada di hospital kerana ahli keluarganya ditimpa ujian apabila masing-masing dijangkiti Influenza A.

Sementara itu di ruangan kapsyen, Norman berkata pihaknya akan menyelesaikan ‘ujian’ terbabit secara tertutup.

โ€œTerima kasih jugak kepada yang concern atas ‘ujian’ buat keluarga saya baru-baru ini. Insya-Allah ‘gerak hati’ dariNya untuk kami selesaikan secara tertutup. Kami ambil iktibar atas khilaf yang berlaku,” tulisnya.

Norman Hakim

Malah, Norman turut berkata dia membaca segala cacian dan makian yang dilemparkan netizen terhadapnya semenjak isu anaknya itu mula tular.

Norman juga mengambil kesempatan untuk memohon maaf mewakili pihak keluarga sekiranya ada menyinggung mana-mana pihak.

โ€œSaya happy baca comments semua. Komen yang mungkin berbaur emosi dan kebencian, saya anggap itu semua sebagai teguran baik dari kalian untuk saya dan keluarga perbaiki kelemahan & khilaf kami.

โ€œAmpun maaf kalau ada khilaf, salah dan silap dari saya seisi keluarga. Yang salah tetap salah dan pintu taubat sentiasa terbuka untuk kembali ke jalanNya. Segala kelemahan datang dari kami & segalanya yang baik hanya dariNya,โ€ ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Doa Mak Ayah Anak Isteriโค๏ธ (@normanhakim_786)

Sebelum ini, heboh di platform media sosial berkenaan anak Abby dan Norman yang didakwa menggangu rumah tangga individu bernama Misya sehingga bercerai.

Misya turut mendedahkan resit tempahan hotel dibawah e-mel Marissa bersama Aslam, lelaki yang didekatinya itu.

Susulan itu, Marissa tampil memberi kenyataan dan mengaku bersalah terhadap segala isu yang dilemparkan kepadanya, namun menegaskan tidak semua cerita ditularkan itu benar.

Marissa berkata dia tidak menyambut penceraian antara Misya dan Aslam seperti didakwa bekas isteri lelaki berkenaan.

Artikel Berkaitan: Anak Didakwa Penyondol, Abby Abadi Mohon Masa Untuk Tulis Sendiri Kenyataan โ€“ โ€œSaya Tengah Nak Mengarang Niโ€

Artikel Berkaitan: Gagal Berubah, Wanita Dedah Video Bekas Suami Dakwa Anak Abby Abadi โ€˜Terkejarโ€™ Nak Balik Ke Pangkuan โ€“ โ€œAslam Tak Kuat Lawanโ€ฆโ€

Artikel Berkaitan: Tak Ada Solusi, Wanita Dakwa Abby Abadi, Norman Hakim Beri Izin Nak Viral Kes Anak Penyondol?

Artikel Berkaitan: โ€œSaya Mengaku, Tapi Tak Semua Cerita Benar,โ€ โ€“ Anak Abby Abadi Tampil Respons Isu Sondol Suami Orangโ€ฆ Perjelas Status Hubungan Terkini Dengan Aslam

Written by: Aqilah


Previous post