Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Amira Othman ‘Pecah’ Rahsia, Rancang Pakai Baju Sedondon Dengan Fattah Amin – “Tak Pernah Plan Tu Tipulah…”

today7 May 2025

Background

Penyanyi dan pelakon jelita, Amira Othman sekali lagi mencuri perhatian netizen selepas sepotong video pendek memaparkan dirinya bersama pelakon popular Fattah Amin tular di TikTok.

Menerusi video berdurasi 27 saat itu, kelihatan Amira setia menemani Fattah ketika menjual tumbler miliknya dalam satu acara promosi baru-baru ini.

Namun apa yang mencetuskan perhatian peminat adalah penampilan mereka yang serasi mengenakan pakaian serba hitam, sekaligus mencetuskan tanda tanya sama ada ia disengajakan atau sekadar kebetulan.

Sedar dirinya menjadi sorotan, Amira tampil memberikan penjelasan ringkas namun mencuit hati mengenai penampilan sedondon tersebut.

“Kita tak plan pun nak matchy-matchy. Betul.

“Tapi tak pernah plan tu tipulah.. Cuma harini sumpah tak plan,” kata Amira ringkas.

Kenyataan selamba Amira itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya terhibur dan turut mendoakan hubungan baik antara mereka berdua.

Written by: Aqilah


Previous post