Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Anak 5 Tahun Menang Cabutan Bertuah Kereta Perodua Aruz

today22 August 2024

Background


Menerusi perkongsian Facebook Pisza Kawi, wanita itu meluahkan rasa syukurnya selepas anak perempuannya yang bernama Ainul Mardhiah memenangi cabutan bertuah sempena SUKMA Sarawak.

Difahamkan, adik Ainul telah memenangi sebuah kereta Perodua Aruz. Malah, tuah anaknya ini bagai mengerti, bahawa keluarganya ini sangat memerlukan sebuah kereta bagi memudahkan aktiviti harian mereka.

Menerusi Utusan Sarawak, ketika mendengar nama puterinya disebut, bapanya,Hirizuan Solhi bagai berada dalam mimpi dan seakan tidak percaya apa yang sedang berlaku.

“Saya setiap hari ulang alik dari Kuching ke Serian untuk bekerja, dengan ada kereta ini nanti, bolehlah isteri saya menggunakannya untuk mengambil anak-anak balik dari sekolah.

“Kami hanya memiliki sebuah kereta, iaitu Perodua Myvi, dengan memenangi kereta ini nanti ia akan banyak membantu kami sekeluarga dalam pelbagai aspek, tambahan lagi kereta yang dimenangi ini memiliki tujuh tempat duduk,” katanya.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post